Pelawak terkenal, Along Cham, berkongsi lagi tentang kehamilan isterinya sewaktu berada di Penjara Sungai Buloh. Menurutnya, berita kehamilan itu hanya diketahui ketika dalam tahanan, dan Along menyerahkan sepenuhnya kepada Allah S.W.T dalam soal tersebut.
Saya dapat tahu mengenai kehamilan isteri ketika berada dalam penjara. Dia beritahu, tapi saya hanya berserah kepada Allah dalam soal kandungan.- Katanya kepada media.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendedahkan bahawa dia sering melakukan solat tahajud untuk memohon petunjuk.
Dia berdoa agar kandungan isterinya dikekalkan jika ia benar-benar zuriatnya. Namun, jika ia sebaliknya, dia berharap kandungan itu dikeluarkan.
IKLAN
Saya solat tahajud dan cakap kepada Allah, kalau kandungan ini adalah zuriat milik saya, kekalkan. Jika sebaliknya, keluarkan.- Ujarnya.
Namun, selepas mengetahui bahawa isterinya mengalami keguguran, Along hanya mampu pasrah.
Apabila dia (Afreena) kata sudah keguguran, saya pun tidak tahu, tanya Allah.- Tambahnya.
Dalam pertemuannya di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Along turut mendedahkan beberapa isu serius yang menjadi punca dia mahu memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi.
Antara dakwaannya ialah Afreena telah menipu, tidak patuh kepada suami, dan menyelewengkan dana sehingga mencecah puluhan ribu ringgit.
Tambah menyedihkan, Along turut mendakwa isterinya tidak menjaga anak mereka sepanjang dia berada di dalam penjara akibat tuduhan berkaitan bahan terlarang.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM