Oh! Artis
“Namanya Bintang” – Shuib ‘Throwback’ Momen Gembira Dapat Tahu Watie Hamil
Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie memaklumkan berita duka mengenai keguguran anak pertamanya pada 11 Mei.
Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik menerusi akaun Instagram memperlihatkan kesedihan yang sedang ditanggungnya.
BACA: “Saat Kamu Di Syurga, Ada Ibu Yang Menjaga Anak Mummy” – Isteri Shuib Keguguran
Terbaru, Shuib menerusi satu hantaran di Instagram ‘throwback’ kenangan mendapat tahu isterinya hamil. Jelas Shuib, anak syurga tersebut dinamakan sebagai Bintang ‘Anak Mekah’.
Positif hamil, Watie menangis gembira
Walaupun cuma sekejap, kehadiran Bintang sangat bermakna buat mereka sekeluarga terutamanya untuk Watie.
Dalam video itu, mereka sekeluarga dilihat berkumpul sambil Watie memegang satu alat ujian kehamilan. Mereka sangat teruja sehingga melompat gembira apabila ujian menunjukkan positif.
“Mummy dah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui.”

Malah, Watie dan Shuib dilihat menangis berpelukan kerana sangat bersyukur dengan kurniaan tersebut.
Ianya cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi Mummy @iamwatie. InsyaAllah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang Mummy, Mummy dah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua dikurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat.
Dalam nada penuh syukur dan redha, Shuib menegaskan bahawa semua ini adalah susunan Allah yang Maha Mengetahui, dan dia percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian.
Ramai rakan selebriti dan peminat turut tampil memberikan kata-kata semangat kepada pasangan ini. Mereka mendoakan Watie agar terus kuat dan percaya pada rezeki Allah yang akan datang.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM