Connect with us

Oh! Media

Elak ‘Liat’ Bayar Hutang, Watie Setuju Bayar RM2,000 Sebulan Kepada Hana

Oh! Artis

Elak ‘Liat’ Bayar Hutang, Watie Setuju Bayar RM2,000 Sebulan Kepada Hana

Gara-gara liat membayar tuntutan saman berjumlah RM796,000, mahkamah memerintah pelakon Watie Sadali membayar RM2,000 sebulan kepada bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan bermula 5 Januari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Hidup Mewah Tapi ‘Liat’ Bayar Hutang, Hana Pelik Watie Ingkar Perintah Mahkamah

Memetik laporan mStar, keputusan itu secara tak langsung mensyaratkan Watie komited melangsaikan hutang sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana.

Watie dan suaminya, Joey Daud.

Peguam kepada Hana, Mohd Fikri Abd Rahman berkata, jika Watie didapati ulang perbuatan sama iaitu mengelak daripada membayar hutang, pihaknya boleh ambil tindakan penghinaan terhadap mahkamah.

Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie.

Kata Fikri lagi, kedua-dua pihak bersetuju mencapai kata sepakat dengan terma yang disebut mahkamah dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang hari ini.

Difahamkan, Watie sebelum ini membuat rayuan meminta kos bayaran bulanan sebanyak RM2,500 dikurangkan kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan mahkamah pada 2017 dan mahkamah membenarkannya.

Kemelut antara dua selebriti ini mula tercetus apabila Watie gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan nama Hana untuk membeli Toyota Wish.

Atas dasar persahabatan, Hana meminjamkan nama dan membantu Watie yang ketika itu dihimpit kehidupan sukar serta tak layak buat pinjaman.

Watie bagaimanapun gagal membuat bayaran termasuk ansuran bulanan, cukai jalan dan insurans menyebabkan Hana diisytihar muflis.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas