Connect with us

Oh! Media

Hidup Mewah Tapi ‘Liat’ Bayar Hutang, Hana Pelik Watie Ingkar Perintah Mahkamah

Oh! Artis

Hidup Mewah Tapi ‘Liat’ Bayar Hutang, Hana Pelik Watie Ingkar Perintah Mahkamah

Bekas ahli kumpulan Elite, Hana Adnan dan Watie Sadali masih lagi mempunyai kemelut hingga ke hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Setel Hutang Punya Pasal, Suami Tergamak Lacur Isteri Sendiri

Sebelum ini, Watie telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar RM2,500 sebulan kepada Hana disebabkan isu hutang bayaran pinjaman bank.

Hidup mewah tapi tak nak bayar?

Hana meluahkan rasa kecewa kepada Watie kerana bukan sahaja tidak pernah membayar hutang, malah kehidupan senang Watie membuatkan dirinya hairan mengapa pelakon itu enggan membayar kepadanya.

Kawan saya pun selalu nampak dia berniaga menerusi TikTok, malah ada mendakwa melihat Watie membeli dua pasang kasut berjenama mewah. Melihatkan kelakuannya itu membuatkan saya sedih kerana sembilan tahun saya menderita kerana hutang tetapi dia boleh hidup senang lenang. – Hana

Tambahan, Hana memaklumkan sekiranya Watie gagal membayar rugi pada 29 Disember ini, pelakon itu boleh dikenakan hukuman penjara.

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas