Connect with us

Oh! Media

Eizlan Yusof, Lando Zawawi Dan Ahmad Idham Antara Muka Baru Wakil GTA

Calonbarugta

Oh! Artis

Eizlan Yusof, Lando Zawawi Dan Ahmad Idham Antara Muka Baru Wakil GTA

Seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), parti Gerakan Tanah Air (GTA) juga telah mengumumkan calon-calon yang bakal mewakili mereka bagi merebut kerusi parlimen yang ada sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

BACA: Terkini! Tak Jadi Bertanding PRU-15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri

Memetik laporan daripada Berita Harian, antara calon baru yang akan mewakili parti GTA termasuklah pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof.

IKLAN
Whatsapp image 2022 03 04 at 62010 pm e1646392494516

Ahmad Idham mewakili badan bukan kerajaan (NGO) akan bertanding menentang Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun di Parlimen Port Dickson atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Manakala Datuk Seri Eizlan Yusof juga bakal bertanding atas tiket Parti PEJUANG di Parlimen Sabak Bernam.

Screenshot 2022 11 02 at 195145

Dalam pada itu, mengikut jejak langkah dua selebriti tersebut, pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut tercalon dan bakal bertanding di Parlimen Tanjung Karang.

Pencalonan mereka diumumkan pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA-PEJUANG sekitar siang tadi.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas