Connect with us

Oh! Media

Terkini! Tak Jadi Bertanding PRU-15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri

Ustazkazimeliasbntarikdiiri

Oh! Negara

Terkini! Tak Jadi Bertanding PRU-15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri

Tak ada angin tak ada ribu, tiba tiba sahaja pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias mengumumkan penarikan dirinya daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

BACA: Sah! Ustaz Kazim Elias Bakal Bertanding Di Larut Untuk Barisan Nasional

Memetik laporan daripada Berita Harian, perkara itu dimumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang memaklumkan Ustaz Kazim akan digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

IKLAN

Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri.

Untuk info, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan Ustaz Kazim dibuat berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan bekas anggota BN, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang bakal bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas