Oh! Artis
Edika Yusof Dan Isteri Sah Bercerai Talak Satu Selepas 22 Tahun Bersama
Pelakon terkenal Edika Yusof hari ini akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nor Hidayah Yusri selepas 22 tahun hidup bersama.
Lapor Utusan Malaysia, Edika melafazkan cerai talak satu terhadap Nor Hidayah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Edika dan isteri sah cerai talak satu

Dalam prosiding itu, Edika hadir tanpa peguam manakala Nor Hidayah diwakili peguam syarie, Mohd. Yazid Hazim.
Penceraian ini mendapat perhatian ramai kerana pasangan ini sebelum ini sering dipuji atas kesetiaan dan ketabahan mereka dalam melalui pelbagai ujian rumah tangga.
Berpisah selepas 22 tahun bersama

Sebelum ini, Edika dipuji sebagai suami mithali apabila cekal menjaga Nor Hidayah yang lumpuh selama 16 tahun.
Isterinya disahkan lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka namun jodoh mereka tidak panjang apabila Hidayah meminta untuk dilepaskan.
Edika dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Pssttt! Jodoh tak panjang, semoga kedua-dua pasangan ini menemui bahagia masing-masing.
Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM