Nampaknya sekarang, kita tertumpu dengan masalah rumah tangga pelakon Edika Yusof selepas isterinya, Nor Hidayah memfailkan permohonan cerai.
Sekarang ni, Edika pula mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kelakuan isterinya yang didakwa ‘bergayut’ dengan lelaki lain.
“Saya dengar dia nercakap dengan lelaki lain sampai pagi”- Edika Yusof.
Menurut Edika, meskipun dia memberi kebebasan kepada isterinya untuk keluar rumah dan bergaul dengan sesiapa sahaja, namun dia sedar akan setiap tingkah laku wanita yang telah dikahwininya selama 22 tahun itu.
Memang saya ada dengar dia bercakap dalam telefon dengan lelaki lain sampai pagi. Kalau nak cakap, banyak saya boleh cerita.- Katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Tambahnya lagi, walaupun mengetahui hal tersebut, dia memilih untuk memendam demi menjaga keharmonian rumah tangga.
Tiada rahsia tapi tetap dituduh curang…
Menepis dakwaan kononnya isterinya memfailkan cerai kerana dia berlaku curang, Edika menegaskan bahawa antara mereka tiada rahsia. Malah, telefon bimbitnya juga sentiasa boleh diakses oleh isterinya.
Antara kami tiada rahsia. Isteri saya pun boleh akses telefon bimbit saya, jadi mana datangnya desas-desus sebegitu?.- Katanya.
Dalam pada itu, pelakon kacak era 90-an ini turut menafikan dakwaan dirinya kasar dan mendera. Walaupun pernah meninggikan suara, katanya ia hanyalah untuk mendidik.
Reda dengan takdir walaupun masih sayang…
Ketika ditanya tentang kesediaannya untuk melepaskan isteri, Edika dengan nada tenang menjawab bahawa dia memilih untuk akur demi kebaikan kedua-dua pihak.
Prosiding lafaz cerai ditetapkan pada 5 Mei ini selepas Nor Hidayah dilaporkan berada dalam keadaan tidak suci.
Edika dan Nor Hidayah berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan dua orang anak, Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fereena Nurulhaq, 20.
Pssttt! Dalam sesebuah hubungan, kepercayaan dan komunikasi adalah tunjang utama yang perlu dipelihara. Namun, apabila kepercayaan mula goyah dan komunikasi menjadi medan salah faham, perpisahan kadangkala menjadi jalan terbaik. Apa pun, semoga kedua-dua pihak dapat menjalani kehidupan lebih tenang selepas ini.
Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.