Connect with us

Oh! Media

Dulu Viral Majlis Nikah Mewah, Youtuber Terkenal Fail Cerai Lepas 2 Tahun Bersama

Youtuber

Oh! Artis

Dulu Viral Majlis Nikah Mewah, Youtuber Terkenal Fail Cerai Lepas 2 Tahun Bersama

Youtuber terkenal dari Indonesia iaitu Ria Ricis mengejutkan para peminat apabila menfailkan penceraian terhadap suaminya, Teuku Ryan selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

BACA: Risau Penonton Lari, Tindakan Instafamous ‘Live’ Sambil Buang Air Kecil Dikecam

Difahamkan, rumah tangga pasangan ini sudah lama bergolak dan mereka didakwa tak tinggal sebumbung sejak setahun lalu.

IKLAN
Ria Ricis

Lapor CNN Indonesia, Ria Ricis yang merupakan adik kepada Ustazah Oki Setiana Dewi membuat tuntutan cerai pada 30 Januari lalu di Pengadilan Agama Jakarta.

Dalam masa yang sama, Youtuber itu turut menuntut hak hadanah dan hak nafkah anak daripada suaminya.

Ria Ricis Cerai

Rumah tangga pasangan terkenal ini mula diperkatakan selepas kedua-duanya jarang memuat naik video atau foto berada dalam satu frame.

Memang pelik sebab sebelum berkahwin, mereka selalu membuat video TikTok dan merakam video untuk tontonan peminat di Youtube.

Pasangan ini disatukan pada 12 November 2021 dalam majlis yang sungguh mewah dan gah. Ria Ricis menerima mas kahwin berupa kelengkapan solat, emas 100 gram dan wang tunai 179.5 juta rupiah atau kira-kira RM53 ribu.

Tapi nampaknya jodoh mereka tak panjang. Semoga semua urusan dipermudahkan!

Kredit: CNN Indonesia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas