Connect with us

Oh! Media

linda onn

Oh! Artis

“Dulu Nak Buat Apa Pun Takde ‘Camera’ Merata” – Linda Onn

Penyampai radio popular, Linda Onn tampil menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan dunia media sosial sekarang ini.

BACA: Terkini! Pak Azad, Nabil Ahmad Dan Radin Selesai Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman!

IKLAN

Jelas Linda Onn, sekarang ini segala-galanya boleh dirakam dan disebarkan dengan mudah di media sosial.

“Sekarang ni zaman bahaya, tak macam dulu” – Linda Onn

Dalam perkongsian tersebut, Linda meluahkan rasa rindu pada zaman dulu di mana orang boleh bergurau tanpa risau akan dirakam atau disalah tafsir.

linda onn

Menurut Linda, sekarang ni orang kena lebih berhati-hati dalam setiap gerak-geri kerana kamera sentiasa ‘melekat’ di tangan setiap individu.

Jelasnya kini tak seperti dulu yang mana seseorang perlu membawa kamera khas untuk merakam, sekarang ni hanya dengan telefon bimbit, sesiapa sahaja boleh menjadi ‘paparazzi’.

Dulu nak bergurau ke.. nak buat apa pun, takde camera merata nak record.. dan takde social media yang nak ditayangkan.

Tambahnya lagi, setiap kandungan yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial boleh membawa implikasi yang besar kepada individu yang terlibat.

“Tangan boleh goncang dunia”

linda onn

Beliau mempersoalkan adakah penonton mampu menerima apa yang mereka tonton tanpa menghakimi?

Dalam mesej penuh makna, Linda turut mengingatkan mereka yang gemar merakam dan memuat naik kandungan ke media sosial agar lebih berhati-hati.

Beliau menegaskan mengenai kesan setiap tindakan yang boleh mengubah nasib seseorang dalam sekelip mata.

linda onn

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Linda Onn


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas