Connect with us

Oh! Media

Terkini! Pak Azad, Nabil Ahmad Dan Radin Selesai Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman!

Ohmedia img 0692

Trending

Terkini! Pak Azad, Nabil Ahmad Dan Radin Selesai Beri Keterangan Selama 2 Jam Di Bukit Aman!

Penyampai 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Amir, dan Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad selesai memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu.

Menurut laporan Kosmo, mereka tiba sekitar jam 10.30 pagi dan meninggalkan perkarangan ibu pejabat polis pada jam 1.10 tengah hari menaiki Toyota Vellfire hitam, tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Selesai beri keterangan di Bukit Aman

Era Fm

Bukan mereka bertiga jer, tiga lagi kakitangan Era FM juga dipanggil untuk memberi keterangan. Difahamkan, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas.

IKLAN

Kontroversi video Pak Azad, Nabil dan Radin!

Penyampai Radio

Semalam, tular video permohonan maaf daripada ketiga-tiga penyampai ini selepas mereka terpalit dengan kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu ketika perayaan Thaipusam.

Dalam video asal yang kini sudah dipadam dari media sosial Era FM, salah seorang daripada mereka meniru tarian kavadi sambil menyebut “Vel, Vel” sambil rakan lain bergelak ketawa.

Klip tersebut mencetuskan kritikan meluas kerana dianggap tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Polis mengesahkan bahawa siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Setakat ini, pihak Era FM atau penyampai terlibat masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

#ApaKataOhmedia

Isu sensitiviti agama bukan perkara main-main. Sebagai figura awam, setiap kata dan tindakan boleh memberi kesan besar kepada masyarakat. Semoga kejadian ini menjadi pengajaran untuk lebih menghormati kepercayaan dan budaya lain.

Ohmedia img 0692

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas