Connect with us

Oh! Media

“Dua Figura Yang Sentiasa Jaga Dan Sayang Sarah” – Puteri Sarah Berharap Hubungan Ini Kekal Hingga Ke Akhirnya

Oh! Artis

“Dua Figura Yang Sentiasa Jaga Dan Sayang Sarah” – Puteri Sarah Berharap Hubungan Ini Kekal Hingga Ke Akhirnya

Perkongsian Puteri Sarah Liyana di Instagram semalam meraih perhatian dan mengundang pelbagai komen netizen di Instagram selepas dia memuat naik foto bapanya dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam.

ADVERTISEMENT

Menerusi gambar itu, kedua-duanya dilihat berpegangan tangan sambil senyum ke arah kamera dan Sarah berkata walau apa yang berlaku dia berharap agar hubungan itu kekal hingga ke akhir hayat.

Puteri Sarah

Dua figura yang sangat saya hormati dan segani. Dua figura yang sentiasa jaga Sarah dan sayang Sarah. Besan’s for life.

Bagaimanapun, foto itu mengundang komen sindiran netizen terharap Kazar, bapa mentua Syamsul Yusof yang masih belum bersua muka dengan Yusof Haslam.

Bukan itu sahaja, ramai akui berasa sebak melihat gambar itu kerana dapat membayangkan betapa utuh hubungan antara keluarga Sarah dan Syamsul.

Dalam pada itu, sesetengah netizen persoal dan hairan dengan Syamsul yang mencari lain meskipun sudah mempunyai keluarga yang dianggap sempurna.

Aku cukup pelik Sol ni apa lah dia cari dalam hidup dia kan. Ada mak ayah, mentua semua baik elok. Pergi pilih jalan begini, tak faham aku.

Difahamkan, foto tersebut diambil semalam ketika dua keluarga itu sedang makan malam sambil meraikan hari lahir anak keduanya, Sumayyah.

Namun, kelibat Syamsul tidak kelihatan di dalam semua foto dikongsikan Sarah membuatkan ramai netizen kecam tindakan pengarah itu.

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas