Connect with us

Oh! Media

DS Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B Hasrat Nak Kahwin Disember Ini

ds vida

Oh! Artis

DS Vida Belum Berani Nak Beritahu Cik B Hasrat Nak Kahwin Disember Ini

“Memang betul nak kahwin”, itulah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Vida usahawan kosmetik terkenal. DS Vida mengesahkan perkara ini selepas menerima terlalu banyak pertanyaan selepas dia melakukan ujian kesuburan tempoh hari.

ADVERTISEMENT

BACA: Umur Cecah 50 Tapi Nampak Muda, DS Vida Jalani Ujian Kesuburan

Dakwaan perkahwinan DS Vida juga dikaitkan dengan bekas PA, Ahmad Iqbal Zulkefli dan nampaknya ia kan menjadi realiti tidak lama lagi.

Saya sudah berdoa, dah buat solat Istikharah dan saya pasti, Iqbal adalah jodoh saya. Dia seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

Benar dan saya mahukan majlis ‘wedding of the year’. Perkahwinan adalah perkara yang bukan kita selalu buat. Kalau PPN dah tamat, saya memang akan adakan majlis besar-besaran tapi semua yang hadir kena lengkap dua dos dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tarikhnya saya akan beritahu nanti.

Nampaknya DS Vida sudah tekad untuk menamatkan status janda bersama lelaki muda Iqbal yang jarak umur 22 tahun. Mereka bagaimanapun sudah lama berkawan dan marilah kita doakan yang terbaik buat mereka.

Tapi, Cik B dan anak-anak DS Vida setuju tak?

DS Vida mengakui yang dia bagaimanapun belum ada keberanian untuk membincangan perkara penting ini dengan anak-anaknya, terutama Cik B.

Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya

Jika itu yang dirasakan DS Vida jalan yang terbaik, nampaknya tentu anak-anak sudah tahu dari pihak media. Kita doakan agar apa yang dirancang DS Vida dipermudahkan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas