Connect with us

Oh! Media

Dr Afifah Syukur Dapat Rumah Dan Kereta Baharu, Rezeki Tak Disangka

Ohmedia dr afifah nubhan

Oh! Artis

Dr Afifah Syukur Dapat Rumah Dan Kereta Baharu, Rezeki Tak Disangka

Afifah Hidayah syukur dipermudahkan pindah rumah dan dapat kereta baharu dengan bantuan netizen.

Siapa sangka, di saat tengah buntu fikir macam mana nak lengkapkan rumah sebelum anak-anak masuk sekolah, tiba-tiba rezeki datang tanpa disangka! Itulah yang berlaku pada pempengaruh dan bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Afifah yang lebih dikenali sebagai Dr Fie meluahkan rasa syukur kerana segala urusan perpindahan ke rumah baharu berjalan lancar dengan bantuan orang ramai termasuk pengikutnya di media sosial.

Urusan rumah dipermudah ramai pihak

Dr Afifah berkata, walaupun masa suntuk dan keadaan agak kelam-kabut sebab anak-anak akan mula sekolah pada 12 Januari, dia tetap berjaya selesaikan semuanya dengan baik.

IKLAN

Ketika itu semuanya perlu dibuat dengan cepat kerana anak-anak akan mula bersekolah. Saya perlukan penyelesaian pantas.- Katanya.

Menurut Dr Afifah, dia tidak kisah pun kalau barangan rumah bukan baharu, asalkan cukup untuk kegunaan harian.

Kami tidak mempunyai wang tunai yang banyak untuk melengkapkan rumah dalam masa singkat, termasuk persiapan sekolah anak. Saya fikir tak mengapa jika barang bukan baharu, asalkan boleh digunakan.- Katanya.

Rezeki datang tepat pada masa

Apa yang berlaku pada Afifah boleh dikatakan ‘rezeki terpijak’ bila ramai bantu dari segi barangan terpakai, keperluan harian, dan paling manis sekali, dapat kenderaan baharu!

Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki tidak disangka-sangka tepat pada waktunya.- Luahnya lagi.

Sebelum ini, Afifah pernah berkongsi di media sosial tentang perpindahan rumahnya dan memohon sesiapa yang nak lepaskan barangan terpakai seperti meja makan, televisyen dan perabot lain untuk kegunaan di rumah baharunya. Ramai yang tampil membantu, sekali gus meringankan beban dia sekeluarga.

Pssttt! Kadang-kadang, bila kita rasa paling lemah dan buntu, masa itulah Allah datangkan pertolongan dari arah yang tak dijangka. Ohmedia doakan korang pun sentiasa dikelilingi orang baik dan dipermudahkan urusan.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas