Connect with us

Oh! Media

“Do Your Part Untuk Report” – Alif Satar Mohon Jangan Mudah Percaya ‘Fake News’ Dan Fitnah AI

Ohmedia om Featured New 1200x675

Oh! Artis

“Do Your Part Untuk Report” – Alif Satar Mohon Jangan Mudah Percaya ‘Fake News’ Dan Fitnah AI

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menafikan gambar yang tular di Facebook baru-baru ini adalah dirinya. Agak mengejutkan kerana gambar tersebut memaparkan wajah Alif dengan mata yang lebam serta tangannya digari.

Gambar itu juga disunting, seolah adalah penerbitan artikel rasmi oleh akhbar The Star dengan tajuk ‘Sad Day For All Malaysia’.

Teknologi maju tetapi terdedah dengan banyak fitnah

Image
Kredit foto Instagram Alif Satar

Menerusi hantaran Alif di Instagram miliknya, beliau berkata zaman sekarang sangat best sebab ada teknologi yang canggih dan hebat seperti Artificial Intelligence (AI). Namun, peluang untuk membuat fitnah juga jauh lebih mudah.

IKLAN

Korang kalau nampak bende pelik- pelik pasal Alif ke, pasal your family members ke apa ke…Do your part untuk REPORT

Haa korang tengok macam ni – Akuuuu plak kena. Hahaha, Pelik betul zaman sekarang. So guys Doa banyak banyak, we’re at a time of Fitnah, stay vigilant!!-Katanya

Mohon META anjurkan semula kempen perangi ‘fake news’

Er
Kredit foto Alif Satar

Dalam kapsyen di hantaran tersebut, Alif juga ada mencadangkan META pemilik kepada media sosial Facebook untuk melaksanakan semula kempen yang dapat membendung masalah ini.

Tambah Alif, usaha ini perlu untuk mendidik semua pengguna media sosial agar tidak mudah termakan dengan ‘fake news’ atau hantaran berbau fitnah.

#OhmediaNasihat

Zaman sekarang teknologi semakin maju, tetapi tak semua gunakan untuk perkara yang baik. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan mencipta berita palsu untuk memburukkan orang lain.

Sebagai pengguna kita harus bijak menilai, pastikan sahih agar tidak terlibat dalam menyebarkan fitnah.

Ohmedia om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Alif Satar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas