Oh! Artis
Dituduh Mencederakan Seorang Lelaki, Sharnaaz Ahmad Mengaku Tak Bersalah, Ikat Jamin RM2,000
Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini di atas pertuduhan menumbuk dan menendang seorang penghuni sebuah kondominium di Segambut, Jun tahun lalu.
BACA: Pelakon Lelaki Popular Didakwa Kes Tumbuk Dan Tendang Individu Pagi Ini
Ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim, pelakon itu mengaku tidak bersalah.

Dalam prosiding itu, mahkamah membenarkan Sharnaaz diikat jamin sebanyak RM2,000. Majistret kemudian menetapkan tarikh 6 Mac untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Sharnaaz ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Sharnaaz yang mendiami kondominium di Segambut dituduh menumbuk dan menendang seorang lelaki.
Kejadian dilaporkan bermula apabila mangsa yang juga pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak. Tetapi rakan mangsa didakwa dihalang masuk oleh pengawal keselamatan kondominium itu sehingga mencetuskan pergaduhan mulut.
Sharnaaz yang melihat insiden datang menegur sebelum mangsa mendakwa ditumbuk olehnya hingga lebam pada muka.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM