Connect with us

Oh! Media

Ditanya Mengenai Lagu Baharu Melibatkan PRN Melaka, Ini Respon Balas Altimet

Oh! Artis

Ditanya Mengenai Lagu Baharu Melibatkan PRN Melaka, Ini Respon Balas Altimet

Terdahulu, Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani, telah menetapkan 20 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kena Buat ‘Hal’ Baru Popular” – Altimet Kongsi Nasihat Yang Pernah Diterimanya

Hal itu termasuklah hari penamaan calon yang diadakan pada 8 November lalu serta tarikh mengundi awal pada 16 November ini.

Kempen kali ini juga tidak terlepas dalam menerapkan norma baharu selepas Menteri Kesihatan melarang sebarang kegiatan, perhimpunan atau majlis sosial sepanjang tempoh perjalanan PRN Melaka.

Ditanya mengenai single terbaharu melibatkan PRN Melaka, Altimet tampil buka mulut

Bagaimanapun, para selebriti juga turut tidak terlepas dari terlibat dalam kempen kali ini termasuklah bekas pelakon, Dira Abu Zahar yang bertanding sebagai calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, calon ketiga.

Namun, penyanyi rap tanah air, Altimet juga turut dikaitkan dengan perkara tersebut selepas namanya tidak semena-mena disebut mengenai penghasilan lagu sempena PRN Melaka.

Hal itu terjadi selepas namanya ditanda dalam satu ruangan Twitter yang memaparkan sebuah video nyanyian komposer, Yasin Sulaiman yang mempromosikan lagu berjudul Ini Rumah Kita.

Hey yasin ke ni yang nyanyi! Lama tak dengar pasal dia! Bila @altimet nak buat lagu untuk pkr atau ph ni.

Difahamkan, nyanyian video daripada Yasin itu dihasilkan untuk Parti Pakatan Harapan.

Tidak berminat hasilkan lagu, akui tidak mahu terlibat

Berhubung dengan perkara itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad, menegaskan dirinya tidak mahu terlibat dengan PRN Melaka dan menolak untuk mempromosikan sebarang pihak yang akan bertanding.

Hal itu diungkapnya selepas membalas pelawaan itu dan mengakui seakan-akan tidak setuju jika Pilihan Raya diadakan buat masa sekarang.

Saya tolak pelawaan untuk menulis lagi PRN Melaka ini. Kes baru masih tinggi. Sekarang ini adalah masa yang salah untuk bubarkan mana-mana kerajaan negeri untuk buat PRN.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji pendirian Altimet selain menganggap dirinya merupakan seorang penyanyi yang mempunyai prinsip tersendiri.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mendapat sebanyak 618 tanda suka serta 217 tweet semula.

Kredit: Twitter Altimet I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas