Connect with us

Oh! Media

Mak Wan Latah Dikritik Dah Tua Tapi Sibuk Nak Main TikTok, Jawapan Buat Semua Terdiam

mak wan latah

Oh! Artis

Mak Wan Latah Dikritik Dah Tua Tapi Sibuk Nak Main TikTok, Jawapan Buat Semua Terdiam

Aplikasi TikTok bukan lagi macam apa yang kita sangkakan dulu sebab sekarang aplikasi media sosial itu sudah lebih banyak dengan perkongsian ilmu dan banyak perkara boleh kita belajar dari orang lain yang berkongsi.

ADVERTISEMENT

BACA: Mak Wan Latah Balas Kecaman Netizen Yang Tuduh Dia Karaoke Sambil Berjoget Punca Perceraian

MAK WAN LATAH

Sama juga macam pelakon veteran, Mak Wan Latah selepas turut mula berjinak-jinak dengan platform ini. Bagaimanapun, ada pula orang yang tak puas hati dan mengecam tindakannya kerana dikatakan tidak sesuai untuk orang tua.

Nak isi waktu lapang sebab tak ada tawaran berlakon…

Sedar tentang perkara itu, Mak Wan yang kini berusia 62 tahun menjelaskan tujuan dia menggunakan aplikasi berkenaan hanyalah semata-mata untuk mengisi waktu lapang sementara menunggu tawaran berlakon.

Saya ada buat video di TikTok tapi segelintir netizen kecam saya kata dah tua main TikTok.

Jadi, saya nak buat apa sekarang ni pun dah tak boleh sebab ada sahaja yang akan mengata walhal saya aktif di TikTok bagi mengisi masa lapang selain menonton dan berkongsi video berkaitan agama.

Rasanya tak salah pun kalau Mak Wan Latah nak ada TikTok juga sebab content yang keluar tu akan ikut apa yang korang suka tengok. Kalau suka tengok bukan-bukan, keluarlah bukan-bukan, kalau tengok perkara baik, baiklah dia.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas