Connect with us

Oh! Media

Dikejarkan Ke Hospital, Jari Kelingking Shahronizam Putus Masa Potong Ayam

Jpg 20230412 154713 0000

Oh! Artis

Dikejarkan Ke Hospital, Jari Kelingking Shahronizam Putus Masa Potong Ayam

Muncul satu berita mengenai pelakon tempatan, Shahronizam yang dikatakan telah dikejar ke hospital kerana jari kelingkingnya putus terkena pisau. Ya Allah, betul ke ni? BACA: Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat Jari pelakon itu dilaporkan terputus akibat pisau yang digunakan olehnya untuk memotong ayam tersasar, lalu terkena di bahagian jari. IKLAN […]

Muncul satu berita mengenai pelakon tempatan, Shahronizam yang dikatakan telah dikejar ke hospital kerana jari kelingkingnya putus terkena pisau. Ya Allah, betul ke ni?

BACA: Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat

Jari pelakon itu dilaporkan terputus akibat pisau yang digunakan olehnya untuk memotong ayam tersasar, lalu terkena di bahagian jari.

IKLAN

Terkena jari

Image 78

Anak tirinya, Daniel Khairi memberitahu kejadian itu berlaku selepas mereka sekeluarga baru sahaja selesai berbuka puasa di rumah pada malam Isnin.

Selepas selesai berbuka puasa, abah pergi ke dapur untuk memotong daging ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan kami. Tetapi, ketika proses memotong daging ayam, pisau abah tersasar lalu terkena jari kelingkingnya.

Ekoran jari Shahronizam yang telah terkulai putus, dia telah dikejarkan ke hospital namun proses menyambung jari tidak dapat dilakukan kerana tiada doktor pakar.

Bagaimanapun, malangnya pagi tadi doktor pakar memberitahu jari abah tidak dapat disambung semula memandangkan urat arteri yang menyambung darah telah pun putus.

Daniel juga memberitahu bapanya kini sedang berada dalam wad untuk pemerhatian sehingga lukanya pulih. Semoga cepat sembuh kami ucapkan!

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas