Connect with us

Oh! Media

Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat

Cover Photo Om 1200 X 675 1

Trending

Ibu Kongsi Pengalaman Cemas Jari Anak ‘Terputus’ Masa Main Panjat-Panjat

Malang tidak berbau. Itulah yang dapat digambarkan pengalaman cemas yang dihadapi seorang wanita apabila anak didapati tercedera semasa bermain.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, jari anaknya dipercayai terputus semasa bermain panjat-panjat di pintu besi rumah bapa (atuk) yang terletak di kawasan perumahan yang sama.

Capture

Dia segera membawa anak ke hospital selepas mendapat panggilan telefon daripada bapa. Ketika itu, dia baru sahaja selesai mengajar kelas tuisyen.

IKLAN
188965504 10219754346548556 3929930199113602490 n 1

Sampai-sampai ke HKL. Kami terus ke emergency. Rupanya untuk kanak-kanak dan wanita boleh terus direct ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak yang baru tu. Terus kami ke sana. Di emergency, diorang refer ke hand team untuk case Ariq. And terus dapat emergency surgery that night.

Before surgery, Ariq ditempatkan di bilik isolation dekat wad sebab nak kena swab test dulu. Seronok Ariq dapat bilik beso. After briefing dengan doc pakar, doc tu cakap he try to save the jari.

Kemungkinan besar tak dapat sambung. Kalau dapat sambung 50-50 chance juga jari tu boleh function. He try his best. So kita sign la segala mak nenek borang yang ada tanda setuju dan faham dengan segala risk yang ada time surgery ni. Sedih jugak time tinggalkn dia di OT. Risau takut semua ada..

Setibanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), mereka terus ke jabatan kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Anak difahamkan perlu menjalani pembedahan malam itu juga.

Selepas pembedahan yang mengambil masa selama empat jam, keadaan anak kelihatan baik. Doktor cuba sambung jari dengan mengambil urat di pergelangan tangan.

190456648 10219754347548581 522772988492233960 n

Ini keadaan baru nak sedar-sedar. Esoknya doc check jari dia tu makin menghitam. Tanda ada darah masuk tapi darah tak keluar sebab tak circulate. So doc cadangkan alternative menggunakan Leech Therapy. Haaa.. Leech as lintah ok. U ols tak salah baca. So that.. lintah tu bole sucks all the darah beku dan darah yang masuk tak boleh keluar-keluar tu until new veins develop about 3-5 days doc kata.

Walau bagaimanapun, keadaan jari yang disambung semakin menghitam menyebabkan doktor menggunakan alternatif Leech Therapy untuk menyedut darah beku.

Lintah

Ini lah dia hero-hero yang cuba selamatkan jari Ariq. Its ok. U’ve tried. Kecik je kan time letak tu.

Day 5 of therapy. Still fighting. Ariq memang kuat (yelah sebab dia tak nampak apa yang ada dekat sebelah tu..). Lastly doc kata still tak dapat nak selamatkan juga sebab jari dia makin kecut dan salur darah memang betul-betul rosak. Ibarat kita tarik hos getah tu sampai putus kan. Kan hos tu jadi memanjang sikit. Samalah dengan veins Ariq. So takpelah. Mama redha dengan Ariq pun mama tak dolak dalih. Memang terus terang dengan dia. Jari Ariq tak boleh diselamatkan jadi doc kena cabut balik ye. Ariq kata ok mama.. (i know u kuat wahai anak..)

191055494 10219754345228523 6397239405669551005 n 1
Keadaan jari yang dah letak dalam plastik after jumpa dekat pintu
194063789 10219754347908590 1556127832671464543 n 1
Dekat sini lah jari dia masih sangkut Rupanya dia main panjatpanjat dekat situ dan terjun sendiri ke bawah Little did he knows yang jari dia sangkut so tertarik sampai putus

Hari kelima terapi, jari anak semakin mengecut kerana salur darah sudah betul-betul rosak. Sebagai ibu, dia redha dengan ketentuan dan berterus terang dengan anak bahawa jari tidak dapat diselamatkan.

Kredit: Frozen Rose

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas