Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Dikecam Peluk Ruhainies, Kawan Baik Kongsi Video Ceramah

Hari ini panas di media sosial video pelakon sensasi, Ruhainies memeluk lelaki bukan mahram selepas pulang daripada umrah dan difahamkan lelaki berkenaan adalah kawan baiknya iaitu Azhar.

BACA: Reaksi Spontan Ruhainies Berpurdah Tapi Peluk BFF Lelaki Jadi Perhatian

IKLAN

Video Ruhainies memeluk rakan lelaki dalam keadaan berniqab itu dikongsikan Azhar di akaun media sosial miliknya.

Perkongsian video itu mengundang kecaman dari netizen kerana pelakon itu baru sahaja pulang dari tanah suci dengan niqab.

Tidak tahan dengan kecaman yang diterima, Azhar membuat satu hantaran Instastory tampil memohon maaf dan berkongsi video ceramah pendek.

Video ceramah dari seorang ustaz Indonesia yang dikongsikan adalah mengenai cara untuk menghadapi masalah dalam kehidupan.

Dalam ceramah itu juga membahas apabila seorang muslim terpalit dalam masalah, perlulah bergantung kepada tuhan untuk penyelesaian terbaik.

Berikutan kontroversi ini, rakan baik Ruhainies juga percaya bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Terdahulu, video tular itu memaparkan tindakan Ruhainies memeluk lelaki bukan mahram sebaik tiba ke tanah air dari mengerjakan umrah.

Walaupun video tersebut telah dipadam, netizen menganggap tindakan Ruhainies keterlalauan dan mencalarkan imej seorang muslimah.

Kredit: Instagram @zaharzbubu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas