Connect with us

Oh! Media

Dikecam Gara-Gara Selalu Tunjuk Kemesraan Di Media Sosial, Ini Apa Kata Hana Ismail

Hana ismail dai syed ohmedia

Oh! Artis

Dikecam Gara-Gara Selalu Tunjuk Kemesraan Di Media Sosial, Ini Apa Kata Hana Ismail

Hidup ini mudah sahaja, kalau kita tidak suka tengok perkongsian seseorang, janganlah follow atau tengok. Alahai korang ni, itupun nak kena ajar ke? Lagi-lagi kalau perkongsian tu datang dari selebriti. Mereka berkongsi sebab itu hak mereka, sama macam kita juga yang suka kongsi apa yang kita lakukan dekat media sosial kita.

BACA: Da’i Syed Terpaksa Pasrah Sebab Isteri Buat Perangai Lepas Kahwin

Image 114

Ok cukup membebel! Kecaman gara-gara selalu tunjuk kemesraan ni dihadapi pasangan selebriti Da’i Syed dan Hana Ismail sejak mereka berkahwin.

IKLAN

Sedar perkongsian jadi perhatian kerana dikenali…

Sedar dirinya dan suami dikecam, Hana Ismail mengakui dirinya memang menggunakan media sosial untuk tunjukkan kasih sayang sebenar sebagai suami isteri dan tidak pernah berpura-pura.

Sama ada di media sosial atau di dunia realiti, kami sama sahaja. Jadi saya taknaklah berpura-pura jarak dengan suami di media sosial sedangkan kami selalu rapat apabila bersama. Saya hanya mahu jadi diri sendiri.

Inilah masanya untuk saya tunjukkan kasih sayang terhadap suami. Saya faham apa yang ditunjukkan itu menjadi perhatian kerana kami dikenali. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Hana turut berpendapat bukan mudah nak buat semua orang suka, disebabkan itu dia mengambil pendekatan untuk terima sahaja apa yang orang akan kata.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas