Connect with us

Oh! Media

Dikecam Gara-Gara Pakaian Pelik, DC Willie Jelas Ambil Ibu Jadi Inspirasi Fesyen

20230511 123918 0000

Oh! Artis

Dikecam Gara-Gara Pakaian Pelik, DC Willie Jelas Ambil Ibu Jadi Inspirasi Fesyen

Penyanyi rap yang meningkat naik, DC Willie baru-baru ini telah menerima kecaman hebat oleh netizen kerana menggayakan crop top yang dilihat lebih feminin.

BACA: “Macam Valak Dah”, Aina Abdul Ada Sebab Mengapa Suka Gayakan Fesyen Pelik

Walau bagaimanapun, kritikan terhadap penampilan berani Willie itu sedikit pun tidak menjejaskan fokusnya dalam penyanyi. Malah, Willie juga telah berkongsi sebab sebenar dirinya berpakaian sedemikian.

IKLAN

Inspirasi ibu Willie

Screenshot 20230511 125400 instagram

Willie atau nama sebenar Wan Qhail Harith Ahmad Nawawi mengatakan bahawa ibunya sendiri banyak mempengaruhi gaya dan penampilannya pada hari ini.

Saya suka pakai sesuatu yang jarang dipakai oleh lelaki. Kalau pakaian itu nampak pelik, lagilah saya suka.

Buat masa kini, penyanyi itu juga memberitahu bahawa dirinya mempunyai koleksi baju rekaan tersendiri termasuk aksesori.

Sekarang ini, saya ada koleksi pakaian dan aksesori yang ditempah atau dibuat sendiri seperti skirt, jeans, rompi, jaket, topeng, headgear dan macam-macam lagi.

Dalam pada masa yang sama, Willie yang kini telah berkecimpung dalam dunia hiburan underground selama 7 tahun mengharapkan karya ciptaannya akan dapat diterima oleh peminat arus perdana.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas