Connect with us

Oh! Media

“Macam Valak Dah”, Aina Abdul Ada Sebab Mengapa Suka Gayakan Fesyen Pelik

Oh! Artis

“Macam Valak Dah”, Aina Abdul Ada Sebab Mengapa Suka Gayakan Fesyen Pelik

Siapa yang tengok persembahan artis pada malam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 minggu lepas, korang mesti perasan baju yang digayakan Aina Abdul waktu nyanyikan lagu ‘Semalam’. Agak-agak sekali pandang macam siapa?

ADVERTISEMENT

Haa, ramai netizen yang samakan dengan watak hantu international, Valak. Kalau tanya ohmedia pun, nampak lebih kurang sama juga. Tapi sebenarnya, Aina pun dah dapat agak yang orang akan samakan dia dengan watak tersebut.

“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak berkenaan. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram.” – katanya.

Kata Aina, maksud yang tersirat di balik baju tersebut adalah seorang wanita yang kembali dengan diri yang lebih kuat dan bukannya masih dihantui oleh masa silam. Maksudnya, ada cerita di sebalik pakaian yang dia gayakan malam tersebut.

Kalau nak diikutkan, itu bukan kali pertama Aina Abdul gayakan baju yang pelik-pelik. Sebelum-sebelum ini pun kalau tengok dekat Instagram Aina, memang banyak baju berfesyen etsentrik yang Aina pakai. Lagi-lagi waktu persembahan. Rupa-rupanya, itu adalah X-Factor yang Aina cuba tampilkan supaya dia nampak berbeza dari penyanyi yang lain.

Bagi Aina, vokal yang mantap je tak cukup untuk buat orang kenal siapa Aina Abdul. Jadi, dia jadikan idolanya iaitu Lady Gaga yang juga suka menggayakan baju-baju pelik sebagai panduan. Kalau dulu, dia memang kadang-kadang terasa dengan kecaman yang diberi netizen. Tapi sekarang, Aina hanya ambil mana yang positif sahaja.

“Saya lihat Lady Gaga, penampilan eksentriknya selalu membuat orang sedar mengenai kewujudannya. Jadi saya ciptakan penampilan seumpama itu yang bersesuaian dengan tema dan lagu yang dinyanyikan. Bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi kelainan atau sesuatu yang unik penting dalam setiap persembahan saya.” – katanya.

Betul juga apa yang Aina kata. Kadang-kadang kita kena buat lain sikit dari orang, baru orang notice diri kita. Aina pun kalau ikutkan dah lama dalam industri lepas menang Mentor Legend, tapi baru sekarang orang perasan. Takpelah, asalkan fesyen yang Aina gayakan masih kekal menutup aurat sesuai dengan imej sendiri.

Kredit: Gempak, Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas