Connect with us

Oh! Media

Dihentam Perosak Industri Seni, Aliff Syukri Mohon Maaf, Tak Mahu Bersaing Dengan Artis

Oh! Artis

Dihentam Perosak Industri Seni, Aliff Syukri Mohon Maaf, Tak Mahu Bersaing Dengan Artis

Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri nampaknya tak serik dan tetap mengeluarkan lagu gandingannya bersama Baby Shima bertajuk Baby Sayang meskipun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Demi Mak Saya, Isteri Saya” – Aliff Syukri Menangis Teresak Lepas Kena ‘Sound’ Dengan Ibu

Ada yang berpendapat industri seni tanah air ‘rosak’ disebabkan penglibatan mereka yang tak ada bakat dan jiwa sebagai anak seni. Meskipun mendapat tontonan tinggi, itu tidak menentukan lagu mempunyai kualiti.

Terbaru, Aliff Syukri sekali lagi memohon maaf dan berkata dia sebenarnya suka-suka sahaja. Hobinya adalah menyanyi dan tak ada niat untuk bersaing dengan mana-mana artis.

Kata usahawan ini lagi, dia hanya muat naik video di laman sosial dan tidak mahu bergaduh dengan sesiapa. Dia bagaimanapun mengaku banyak melakukan salah dan berharap orang ramai dapat memaafkannya.

Apa yang berlaku ini hanya lah sekadar hobi menyanyi bersama @babyshimaofficial saya yang dibuat sekadar suka-suka sahaja dan hiburan semata-mata. Kalau korang tngok pun tak ada babak yang bersentuhan awak. Sebenarnya bukan tujuan untuk bersaing dengan artis ataupun keluar di kaca TV.

Terdahulu, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail berkata lagu trending bukanlah penentu kualiti sesuatu lagu sebaliknya ianya mengganggu industri muzik tanah air. Beliau juga mengakui pantang dengar nyanyian sumbang Aliff dalam lagu Baby Sayang tersebut.

Kredit: Instagram Aliff Syukri | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas