Connect with us

Oh! Media

“Demi Mak Saya, Isteri Saya” – Aliff Syukri Menangis Teresak Lepas Kena ‘Sound’ Dengan Ibu

Aliff Menangis

Oh! Artis

“Demi Mak Saya, Isteri Saya” – Aliff Syukri Menangis Teresak Lepas Kena ‘Sound’ Dengan Ibu

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi mencetus kontroversi apabila merakam lagu dangdut yang menampilkan penyanyi Baby Shima.

Apa yang menyebabkan netizen kurang senang adalah tarian dan aksi yang disifatkan keterlaluan.

BACA: “Jangan Undang Bala” – Bonda Rozita Tegur Aliff Syukri Isu Video Gelek

IKLAN

Ibunya, Rozita Ibrahim turut merayu kepada anaknya itu supaya memadam klip video demi menjaga maruah keluarga.

Ibunya memberi tempoh 24jam untuk Aliff Syukri membuat keputusan dan memikirkan air muka keluarga yang dicemuh masyarakat.

Ibunya yang juga merupakan seorang usahawan meluahkan rasa malu dan menasihati Aliff Syukri supaya tidak mencari publisiti murahan.

Tidak lama selepas itu, Aliff Syukri dalam keadaan teresak memohon maaf di atas khilafnya terutama kepada ibu dan isteri. Usahawan ini berkata dia akan mengundurkan diri daripada media sosial.

Demi ibu dan keluarga tersayang, dia tidak lagi aktif media sosial selepas ini. Dia turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

Usahawan ini juga dipercayai telah memadam semua video kontroversi seperti yang diminta ibunya.

Kredit: Instagram Aliff Syukri | Rozita Ibrahim

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas