Connect with us

Oh! Media

Difitnah Terima Bayaran Sokong Muhyiddin, Ini Penjelasan Mila Jirin

mila

Oh! Artis

Difitnah Terima Bayaran Sokong Muhyiddin, Ini Penjelasan Mila Jirin

Semalam tular di media sosial mengenai video penyanyi Mila Jirin yang sedang menangis teresak-esak kerana sedih mengenangkan pemerintahan Muhyiddin telah pun berakhir, hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Bantu Aku” – Mila Jirin Menangis Hiba Perdana Menteri Letak Jawatan

Berikutan itu, ada pula segelintir netizen yang mendakwa Mila Jirin kononnya ‘dibayar’ untuk memuat naik kandungan sedemikian rupa di Instagram demi meraih simpati dan sokongan kepada ‘abah’ Muhyiddin.

Malah,ada juga yang mempersoalkan mengenai subsidi serta bantuan yang diterima Mila sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui program Geran Khas Prihatin untuk majikan.

Jelas Mila, bantuan yang diterimanya itu sebagai subsidi upah untuk majikan membayar gaji buat pekerja mereka yang layak.

Berharap penerangannya itu dapat membuka mata individu yang menuduhnya ‘dibayar’ oleh pihak-pihak tertentu, Mila menjelaskan mengenai perkara tersebut dalam sebuah hantaran Instagramnya untuk pengetahuan netizen.

Namun, ada juga dalam kalangan netizen tampil membidas dengan mengatakan duit subsidi itu merupakan hasil pungutan cukai daripada pembayar cukai selama ini.

Masalahnya duit itu duit pembayar cukai. Bukan duit ‘abah’ pun. Nak berterima kasih, terima kasih dekat pembayar cukailah. Siapa pembayar cukai? Kita ni rakyat Malaysia. – Tulis seorang pengguna media sosial di hantaran Mila itu.

Nampaknya sekarang semua benda nak dikaitkan dengan cukai yang dibayar oleh rakyat. Ya memang betul semua belanjawan kerajaan adalah hasil dari rakyat, perniagaan dan pelaburan. Tetapi, tanpa pemimpin yang baik, semua ini tidak akan diberikan. Diharapkan agar Perdana Menteri baharu nanti lebih prihatin terhadap nasib rakyat.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas