Connect with us

Oh! Media

Rosmah Mansor Tuntut RM1 Juta Daripada Pemilik Akaun TikTok Gara-Gara Fitnahnya Amal Ilmu Hitam

Copy of Untitled Design   2

Trending

Rosmah Mansor Tuntut RM1 Juta Daripada Pemilik Akaun TikTok Gara-Gara Fitnahnya Amal Ilmu Hitam

Datin Seri Rosmah Mansor menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap seorang pemegang akaun TikTok yang didakwa telah memfitnahnya dalam satu video.

Menurut laporan Harian Metro, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu percaya bahawa video tersebut memusnahkan reputasi dan kredibilitinya, selain memberi gambaran negatif terhadap nilai Islam yang diamalkannya.

Tuntutan itu telah diserahkan kepada defendan, tetapi tidak mendapat sebarang balasan dan perkara ini dikatakan sendiri peguamnya, Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff.

IKLAN

Mahkamah tetapkan 27 Mei untuk pendengaran

Lawak Rogol

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Salleh, telah menetapkan 27 Mei depan sebagai tarikh pendengaran kes ini. Beliau juga mengarahkan pihak Rosmah untuk menghantar hujahan bertulis dua minggu sebelum tarikh perbicaraan.

Difahamkan, Rosmah telah memfailkan saman ini pada 19 September 2023, selepas video berkenaan dimuat naik di TikTok kira-kira enam bulan sebelum itu.

“Saya difitnah mengamalkan syirik” – Rosmah Mansor

Rosmah

Dalam samannya, Rosmah mendakwa bahawa video tersebut menuduhnya terlibat dengan amalan ilmu hitam, syirik, serta upacara membabitkan syaitan dan bomoh.

Beliau mendakwa kenyataan tersebut telah mencemarkan nama baiknya sebagai isteri Perdana Menteri keenam dan tokoh masyarakat, menyebabkan beliau diejek dan dihina oleh orang ramai.

Saman tersebut menuntut ganti rugi am, teruk, dan teladan terhadap pemilik akaun TikTok berkenaan.

Pemilik akaun TikTok gagal bela diri

Rosmah Mansor

Pada 28 Mei tahun lepas, mahkamah telah membenarkan permohonan Rosmah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap defendan, Ku Muhammad Hilmie Ku Din, selepas individu tersebut gagal membela diri dalam saman tersebut.

Kini, mahkamah akan menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh defendan kepada Rosmah dalam sesi pendengaran yang dijadualkan.

#OhmediaNasihat

Dalam era digital, fitnah di media sosial boleh membawa akibat yang besar. Berhati-hatilah dalam menyebarkan maklumat, terutama yang membabitkan tuduhan serius. Jika anda menjadi mangsa fitnah siber, ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas