Connect with us

Oh! Media

“Dia Bantu Aku” – Mila Jirin Menangis Hiba Perdana Menteri Letak Jawatan

Oh! Artis

“Dia Bantu Aku” – Mila Jirin Menangis Hiba Perdana Menteri Letak Jawatan

Penyanyi dan juga usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa sedih mendengarkan berita bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan daripada menjadi pucuk pimpinan negara Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Buat Lockdown, Buat Betul-Betul” – Mila AF Sedih Kenang Nasib Peniaga Makin Tenggelam Tanpa Bela

Perkara tersebut diluahkan Mila dalam sebuah hantaran Instagram yang turut memaparkan dia menangis hiba kerana menganggap Muhyiddin telah berjasa dalam menangani penularan wabak.

Jelas Mila, dia antara penerima bantuan daripada pihak kerajaan pimpinan Muhyiddin iaitu melalui Program Subsidi Upah yang membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik melanda negara pada ketika ini.

mila jirin

Astaghfirullah ada yang fitnah saya dibayar??? Ya Allah subsidi upah bayar pada majikan untuk bayar gaji pekerja. Bukan bagi pada saya dan kegunaan peribadi saya.

Salahkah sebagai hamba Allah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu?

Penyanyi lagu Persis Mutiara ini turut menjelaskan salah faham bahawa dia telah dibayar. Sebaliknya bantuan yang diterima itu berbentuk subsidi upah kepada majikan.

Subsidi upah yang diterima membolehkannya membayar gaji pekerja dan bukanlah untuk kegunaan peribadi.

Kredit: Instagram Mila Jirin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas