Connect with us

Oh! Media

Terkini! Tiga Penyampai Radio Era FM Rupanya Telah Difitnah Dan Dikhianati?

Ohmedia penyampai radio didakwa persenda agama

Trending

Terkini! Tiga Penyampai Radio Era FM Rupanya Telah Difitnah Dan Dikhianati?

Isu membabitkan tiga DJ radio ERA yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman semakin hangat diperkatakan. Namun, satu pendedahan terbaru menunjukkan video yang tersebar sebenarnya telah disunting, mencetuskan ketegangan dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Klip asal berbeza dengan yang tersebar?

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Menerusi Facebook, peguam Mahmud Jumaat berkata yang dirinya telah berjumpa dengan Pak Azad yang mendakwa video tersebut telah dipotong menjadi hanya 5 saat. Perkara itu telah buatkan DJ terbabit seolah-olah melakukan kesalahan.

Pertama apa yang disangkakan sebelum ini benar-benar berlaku. Sila rujuk kembali kepada klip yang dimainkan oleh RSN Rayer di Parlimen dan majoriti komentar pempengaruh India di tiktok. Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat 5 saat ketika disebut ‘wei-wei’ sahaja.

Siapa dalang sebenar?

Era Fm

Persoalan utama kini timbul, siapa yang menyunting video ini dan menyebarkannya sehingga mencetuskan ketegangan kaum? Mahmud juga turut mempersoalkan sama ada ahli parlimen RSN Rayer menerima video penuh atau hanya versi yang telah disunting.

IKLAN

Kedua, jelas ada pihak yang menjadi batu api dengan sengaja hanya menyunting bahagian yang menyebut seolah-olah wei-wei sahaja. Apakah RSN Rayer mendapat klip penuh video ini? Sekiranya benar, mengapa hanya bahagian klip ini sahaja dimainkan berulang kali di parlimen.

Netizen tampil bongkar kebenaran

Dj Era

Kemudian, ada beberapa netizen dikatakan telah tampil dengan video penuh yang menunjukkan situasi sebenar. Video penuh ini membantu meredakan salah faham yang timbul dan menjelaskan bahawa ketiga-tiga DJ tersebut tidak berniat menghina sesiapa.

Keempat, selain daripada tarian Pak Azad yang serupa dengan tarian entrance Miki Ghazali dan adanya Pak Azad sendiri yang tag Miki Ghazali bagi klip tersebut, sekiranya kita rujuk tarian pemain bola West Ham United memang bunyi sebutan wei wei (serupa dengan klip video kita) kedengaran ketika menari paqueta.

Namun, siapa yang menyebarkan video suntingan ini? Kenapa ia hanya menunjukkan bahagian tertentu sahaja?

Desakan siasatan dan tindakan terhadap penyebar fitnah

Pdrm

Mahmud juga berharap agar pihak polis supaya tidak menghukum DJ ERA tanpa usul periksa, sebaliknya menyiasat dalang di sebalik video suntingan ini yang dikatakan sengaja mahu mewujudkan ketegangan kaum di Malaysia.

Saya harap penjelasan di atas dapat membuktikan bahawa kita semua ditipu dan diperdaya oleh agenda jahat yang cuba memecahbelahkan kita sebagai satu keluarga yang harmoni!

Saya sarankan kepada PDRM daripada siasat 3 DJ radio ini, sebaiknya PDRM siasat siapakah dalang yang menyunting video dan menghasut orang ramai terutamanya kaum india sehingga wujudnya salah faham antara kita semua!

#ApaKataOhmedia

Jangan cepat percaya dengan video yang tersebar di media sosial tanpa mendapatkan maklumat penuh. Saring sebelum sharing! Kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu dan tidak membiarkan agenda jahat pihak tertentu memecahbelahkan keharmonian negara.

Ohmedia penyampai radio didakwa persenda agama

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas