Connect with us

Oh! Media

Didakwa Selamba Curi Barang Bantuan, Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Wanita Ini

Oh! Artis

Didakwa Selamba Curi Barang Bantuan, Nabila Huda Bengang Dengan Sikap Wanita Ini

Sejak kejadian banjir yang menimpa beberapa buah negeri baru-baru ini, dilihat masyarakat serta pihak berkuasa turut bersatu padu dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Menjadi-Jadi Di Taman Sri Muda, Licin Dikerjakan Pencuri

Tidak terlepas juga dalam kalangan selebriti tempatan yang sanggup turun padang serta menghulurkan bantuan. Salah seorangnya ialah pelakon terkenal, Nabila Huda.

Difahamkan, pelakon itu bersama pasukannya, Gladius Mobile Aid sedang berada si Sungai Lui, Hulu Langat selepas sebelum ini membantu mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam.

Berkat usaha baiknya itu, netizen serta para pengikutnya tidak henti memuji tindakan pelakon itu selain berharap agar urusan pasukannya itu dipermudahkan.

Cari publisiti di kawasan terjejas, Nabila Huda zahir rasa geram terhadap seorang wanita

Bagaimanapun, disebalik penat lelah menghulurkan bantuan, Nabila Huda turut tampil meluahkan rasa geramnya terhadap perilaku seorang wanita yang dikatakan mengambil kesempatan dalam kesulitan.

Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, pelakon itu mula berasa tidak puas hati selepas terdapat seorang wanita yang secara tiba-tiba membuat kecoh ketika dirinya sedang menyantuni beberapa orang di lokasi banjir.

Ini salah sorang manusia yang amik kesempatan. Selamba amik barang-barang dekat masjid sungai lui, bawak pergi tempat lain dan akan cakap barang tu sumbangan daripada dia.

Sempat rakam video interview, didakwa ‘curi’ barang bantuan?

Selain itu, pelakon itu juga sempat menemu bual wanita itu serta merakam sebuah video sebelum dikongsikannya di laman Instagram.

Kata wanita tersebut, dia mendakwa mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang berkaitan memberikan bantuan dan memberikan alasan berada di sana kerana mahu bersama-sama menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Lebih mengejutkan, pihak masjid di kawasan tersebut turut mengadu bahawa wanita berkenaan dikatakan telah mengambil barang sumbangan dan menghantarnya di kawasan lain.

pakcik-pakcik dan imam mengadu dia slumber ambik barang sumbangan tu pergi hantar kat tempat lain cakap itu sumbangan dari dia!! Macam ni punya perangai pun ada ke? 

Menurut Nabila, perkara tersebut bukanlah pertama kali terjadi selepas sebelum ini terdapat beberapa individu yang ‘menyamar’ sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan mengambil barangan sumbangan serta menjualnya kepada mangsa banjir.

Dalam pada itu, rata-rata netizen pada ruangan komen pula turut mengecam tindakan wanita itu yang tanpa segan silu mengambil hak orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 140,000 jumlah tontonan serta mendapat 9,720 tanda suka. Bagaimanapun, kebenaran tentang kejadian itu masih tidak diketahui.

Kredit: Instagram dan Twitter Nabila Huda

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas