Connect with us

Oh! Media

Shakila Khoriri Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang Siap Laga Pipi Dan Lentok Di Bahu, Ini Penjelasannya

Shakila Khoriri

Oh! Artis

Shakila Khoriri Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang Siap Laga Pipi Dan Lentok Di Bahu, Ini Penjelasannya

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang ada dakwaan tentang seorang pelakon wanita popular berstatus ibu tunggal iaitu Shakila Khoriri sedang hangat bercinta dengan suami orang.

ADVERTISEMENT

BACA : Pelakon Berstatus Ibu Tunggal, Shakila Khoriri Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Gambar Mesra Bersama Tersebar

Menerusi laporan mStar, Shakila dilihat sedang ‘selfie’ sambil berlaga kepala sambil lentok di dada lelaki tersebut yang dikatakan seorang ahli perniagaan.

Shakila Khoriri

Bukan tu jer, individu yang mendedahkan perkara ini juga mengatakan yang lelaki itu pernah ikut Shakila ke Sabah untuk menjalani penggambaran. Biar betul?

Walau bagaimanapun, pelakon itu tak berdiam diri dah beri respon berkenaan isu ini dengan berkata bahawa dia yakin yang ada pihak mahu menjatuhkannya sehingga menyebar fitnah.

Saya rasa ada individu di sebalik ini dan dia mengenali saya. Kalau ada masalah, boleh terus hubungi, jumpa terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau.

Pelakon itu juga turut mengatakan yang sekarang ni dia bertemu dengan ramai orang disebabkan kerjanya sebagai selebriti dan ada pihak yang mungkin salah sangka terhadapnya.

Ibu kepada seorang cahaya kata itu juga beri penjelasan yang dia berjumpa dengan ramai orang itu adalah perkara biasa untuknya lebih-lebih lagi apabila memiliki perniagaan sendiri serta turut akui mempunyai kelompok kawan yang baru selain selebriti.

Ada kalanya perlu jumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka kata saya keluar dengan suami orang.

Haa, jangan main tuduh jer! Apa pandangan korang?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas