Oh! Artis
Pelakon Berstatus Ibu Tunggal Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Gambar Mesra Bersama Tersebar
Alamak! Pelakon mana pula yang terpalit dengan gelaran ‘penyondol’ kali ini? Memetik laporan XTRA, ada dakwaan tentang seorang pelakon wanita popular berstatus ibu tunggal sedang hangat bercinta dengan suami orang.
Dakwaan itu timbul selepas ada pihak menghantar gambar pasangan terbabit yang sering dilihat mesra bersama kepada pihak XTRA melalui e-mel.


Lelaki itu pula didakwa merupakan seorang ahli perniagaan kaya yang memiliki syarikat sendiri. Dia juga merupakan seorang suami dan ayah kepada seorang anak lelaki. Pelakon wanita terbabit juga dikatakan pernah menjalankan penggambaran bersama di Borneo untuk sebuah program televisyen sebelum ini.


Tentang pelakon wanita ini pula, dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang selebriti juga. Namun, bekas suaminya tahu tentang hubungan sulit isterinya dan menjadi punca mereka bercerai.
Kredit: XTRA
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM