Connect with us

Oh! Media

Diarah Periksa Mental Di Tanjung Rambutan, Ini Perkembangan Terkini Yasin Sulaiman

Oh! Artis

Diarah Periksa Mental Di Tanjung Rambutan, Ini Perkembangan Terkini Yasin Sulaiman

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini mengarahkan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

ADVERTISEMENT

BACA: Yasin Sulaiman Dedah Mengapa Berat Badannya Turun Mendadak

Memetik laporan Kosmo!, mahkamah menetapkan tarikh 22 Jun ini untuk laporan pemerhatian kesihatan mental itu.

yasin sakit mental

Terdahulu, peguam yang mewakili Yasin mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah iaitu Ariff Azami Hussein berkata, pihaknya mempunyai asas yang kuat agar kesihatan mental Muhammad Yasin Sulaiman diperiksa oleh pakar psikiatri.

Lapor Kosmo! lagi, peguam memohon pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada penyanyi lagu Kerna Dia itu layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh University Malaya Specialist Centre (UMSC) mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa.

Peguam juga mengemukakan lima laporan perubatan mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin menghidap penyakit Bipolar Disorder Jenis 1 sejak 2007.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas