Connect with us

Oh! Media

Yasin Sulaiman Dedah Mengapa Berat Badannya Turun Mendadak

yasin sulaiman

Oh! Artis

Yasin Sulaiman Dedah Mengapa Berat Badannya Turun Mendadak

Sedih bila tengok keadaan abang Yasin Sulaiman sekarang yang sangat kurus berbanding dirinya sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Penyanyi dan komposer itu bagaimanapun memaklumkan berat badannya turun mendadak sejak lima bulan lalu dan telah hilang sebanyak 18 kilogram (kg).

BACA: “Perlukan Rawatan Kanabis” – Yasin Sulaiman Kongsi Lirik Lagu ‘Aku Bipolar’ Dari Penjara Sungai Buloh

Yasin turut mendedahkan punca berat badannya turut adalah kerana menghidap penyakit tiroid. Penjelasan ini dilakukannya bagi mengelak orang ramai beranggapan pihak Jabatan Penjara tidak memberi makan atau mengabaikan soal kebajikan.

Pihak penjara bantu mudahkan rawatan setiap bulan..

Seperti semua dapat lihat, saya kurus sekarang. Semasa masuk penjara dulu, berat badan saya 66kg dan sekarang 48kg.

Saya tidak mahu ada orang berandaian penjara tidak beri makan. Penjara banyak makanan sehingga melimpah ruah dan sebenarnya ramai saja banduan yang gemuk.

Saya derita tiroid selama lima bulan tapi Alhamdulillah dengan bantuan dan pertolongan pihak penjara, saya mendapat ubat-ubatan serta menjalani rawatan susulan setiap bulan.

Kita doakan agar abang Yasin diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas