Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Tolak Tawaran Farid Kamil Bernilai RM300k Untuk Berdamai

Untitled Design   1

Oh! Artis

Diana Danielle Tolak Tawaran Farid Kamil Bernilai RM300k Untuk Berdamai

Pelakon Farid Kamil nampaknya tak berputus asa untuk menyelamatkan rumah tangganya bersama isteri, Diana Danielle.

Semalam, pelakon itu menawarkan hadiah berjumlah lebih RM300,000 iaitu sebuah kereta Toyota Vellfire, barangan kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah.

BACA : Farid Kamil Tawar RM300,000 Untuk Berdamai, Bagi Hadiah Toyota Vellfire Dan Barang Kemas Kepada Isteri

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, Diana Danielle menolak tawaran dikemukakan Farid itu tapi hanya mahu dilepaskan saja dan perkara ini dikatakan sendiri Peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Diana juga dikatakan cuma mahu satu jumlah yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka iaitu Muhammad dan Aurora.

Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik. Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan  mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai.

Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian. Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan  muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian.

Semoga yang baik-baik sajalah buat pasangan ini. Semoga dipermudahkan..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas