Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Menggigil Bila Wanita Twitter Tuduh Arwah Zulfarhan Punca Dibuli Pesalah

diana danielle

Oh! Artis

Diana Danielle Menggigil Bila Wanita Twitter Tuduh Arwah Zulfarhan Punca Dibuli Pesalah

Di saat rakyat Malaysia masih belum boleh terima dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh, ada pula seorang wanita yang cuba menyalahkan arwah Zulfarhan. Semalam kecoh di Twitter selepas seorang wanita mempersoalkan perangai arwah Zulfarhan menjadi punca dia diperlakukan dengan kejam.

ADVERTISEMENT

BACA: Gadis Persoal Perangai Arwah Zulfarhan Dikecam Netizen Rupanya Awek Salah Seorang Tertuduh?

Bukan hanya netizen tetapi pelakon wanita, Diana Danielle turut berasa bengang dengan kenyataan wanita terbabit. Diana menegaskan wanita terbabit tidak sepatutnya berpihak kepada pembuli yang telah menyebabkan kematian seseorang.

Akaun Twitter dia sudah tiada tapi kenyataanya buat saya menggigil. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penidas!

Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda. – Tegas Diana.

Diana yang menaikkan berkongsi pendapatnya itu di Instagram turut berharap agar budaya membuli ini dapat dihentikan kerana sudah terlalu banyak kes yang sama berulang.

Sudah banyak kali kes buli sehingga menyebabkan kematian. Jadi, macam mana saya nak terus berdiam diri? Saya juga mempunyai anak-anak.

Betul apa yang dikatakan Diana tu. Ibu kepada arwah Zulfarhan turut dikatakan trauma untuk menghantar anaknya yang lain untuk sambung pelajaran selepas apa yang terjadi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas