Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Dedah Pernah Hidup Susah Sampai Tak Mampu Beli Nasi Lemak RM1

Ohmedia diana Danielle Teringat

Oh! Artis

Diana Danielle Dedah Pernah Hidup Susah Sampai Tak Mampu Beli Nasi Lemak RM1

Siapa sangka aktres jelita, Diana Danielle pernah hidup susah ketika masa kecil? Katanya sampai tak ada duit nak beli makanan. Biar betul?

Menerusi podcast Debonair, pelakon itu mendedahkan dia datang dari keluarga yang kurang mampu.

Diana berkata ketika sekitar umur 10 hingga 12 tahun, dia terpaksa menumpang untuk tinggal di rumah kawan selain daripada tak mampu untuk membeli makanan.

IKLAN

Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun.

Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh singkat.

@debonair_podcast

At one point @Diana Danielle was homeless, and it has shaped how she wants to live today

♬ original sound – Debonair – Debonair

Itulah sebabnya saya muka berlakon dengan lebih serius

Bukan tu jer, aktres ini berkata dia pernah rasa tertekan kerana tak mampu beli nasi lemak RM1 sebungkus untuk dimakan ketika itu.

Kami memang tak ada duit langsung.

Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan.

Disebabkan itulah, saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan masyarakat terhadap kita.

Sementara itu, dia berkata disebabkan pengalaman inilah dia belajar untuk lebih menghargai kehidupan tanpa mengambil pusing kata-kata orang lain.

Ohmedia diana Danielle Teringat

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas