Connect with us

Oh! Media

“Dia Tak Mencarut Dah Kira Bagus” – Gordon Ramsay Puji Masakan Khairul Aming Buat Netizen Bangga

khairul aming

Oh! Artis

“Dia Tak Mencarut Dah Kira Bagus” – Gordon Ramsay Puji Masakan Khairul Aming Buat Netizen Bangga

Cef antarabangsa yang popular dengan kritikan pedasnya, Gordon Ramsay memuji cara masakan ‘burnt sugar steamed pudding’ yang dihasilkan pempengaruh Khairul Aming.

ADVERTISEMENT

Menerusi satu video di TikTok, cef itu dilihat merakam duet memberi komen mengenai cara Khairul Aming memasak mengikut resepi yang ditulis di dalam bukunya.

@gordonramsayofficial #duet with @Khairulaming Spoons on me for the holidays ! Well done ! Get more recipes like this in my #unchartedcookbook Gx #ramsayreacts ♬ original sound – Khairulaming

Apa yang membuat netizen terkejut adalah apabila cef itu memberi kata-kata yang positif. Figura itu juga mengatakan dia akan terbang ke Malaysia minggu hadapan.

Di Instagram, Khairul Aming mengucapkan terima kasih kerana cef berkenaan sudi memberikan reaksi terhadap video masakannya. Yelah, cef terkenal antarabangsa tu kan? Powerlah!

gordon ramsay

Di ruangan komen, rakan selebriti termasuk ahli politik Syed Saddiq meluahkan rasa teruja kerana anak kelahiran Kelantan itu telah membanggakan Malaysia.

Netizen juga berasa lega kerana Gordon tak mengeluarkan kata-kata kesat mengeji masakan tersebut.

Kredit: TikTok Gordon Ramsay

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas