Connect with us

Oh! Media

ayu raudhah

Oh! Artis

“Dia Memang Anak Syurga” – Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu

Pelakon Ayu Raudhah menerima ujian berat apabila anak bongsunya Muhammad Aisy Al Rees menghembuskan nafas terakhir selepas enam bulan menjadi penyeri dalam kehidupannya.

BACA: (Takziah) Anak Bongsu Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah Kembali Ke Pencipta

IKLAN

Walaupun kehilangan ini amat sukar untuk diterima, Ayu tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya reda, dia memang anak syurga”

ayu raudhah

Dalam temu bual bersama Gempak, Ayu meluahkan rasa syukur atas pinjaman berharga yang diberikan kepadanya.

Jelasnya, daripada melahirkan sehingga menghembuskan nafas terakhir, anak syurganya itu tidak pernah menyusahkan.

Saya reda inshaAllah. At first dia memang anak dari syurga, dari lahir sehingga dia menghembuskan nafas terakhir, dia tidak pernah menyusahkan, dia memang baik luar biasa. Memang ditakdirkan dia baby syurga, itu sahaja saya nak cakap.

Ayu juga berkongsi bahawa setiap detik bersama arwah anaknya adalah kenangan yang amat bermakna. Baginya, anak adalah pinjaman Allah SWT dan Allah SWT berhak mengambilnya semula.

“Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil”

ayu raudhah

Setiap saat dia bersama saya adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa dia boleh diambil. Terlalu banyak nikmat untuk kita perkatakan kenapa dia (Allah) nak ambil kerana itu hak Dia.

Terdahulu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha memaklumkan berita duka mengenai pemergian anak bongsunya yang baru berusia 6 bulan.

Tidak mendedahkan secara terperinci punca kematian, kakak iparnya iaitu Rozita Che Wan berkata, bayi tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 petang dan meninggal dunia semasa tidur.

ayu raudhah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Gempak | Foto (Berita Harian)


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas