Connect with us

Oh! Media

“Dia Melawa Untuk Saya, I Like It” – Tak Kisah Isteri Seksi, Yonnyboii Kena Sekolah Dengan Netizen!

Isteri Yonnyboii 2

Oh! Artis

“Dia Melawa Untuk Saya, I Like It” – Tak Kisah Isteri Seksi, Yonnyboii Kena Sekolah Dengan Netizen!

Nama penyanyi Yonnyboii turut sama terpalit apabila isterinya, Nik Nazira dilihat tampil dengan imej seksi selepas berkahwin.

Mana taknya, Nik Nazira yang mempunyai lebih 50,000 pengikut di Instagram sebelum ini dikenali sebagai seorang influencer berhijab.

Melawa untuk suami

305352457 546562000556670 819438796872722510 n

Memetik laporan Gempak, penyanyi lagu Sakit ini berkata, walaupun isteri dikecam netizen, dia sebagai suami tiada masalah dengan imej digayakan isteri.

IKLAN

Jelas Yonnyboii, dia menganggap penampilan isterinya itu hanya untuk dirinya sahaja.

Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia nak melawa pun untuk saya. I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga.

Orang tak tahu yang kami berdua ini jenis duduk rumah saja. Jadi dia sekadar nak feeling sendiri dan lawa-lawa bila berada di rumah. Ambil gambar atau selfie dalam rumah saja.

Katanya lagi, orang luar tidak perlu menjaga tepi kainnya dan ambil tahu bagaimana dia mendidik isteri kerana orang luar hanya nampak apa yang ditunjukkan di laman sosial.

Dikecam netizen

270351686 641154610649944 909790389438409047 n

Penjelasan Yonnyboii ini walau bagaimanapun tak disambut baik netizen, menurut netizen jika melawa untuk suami, isterinya tak perlulah muat naik gambar atau video di media sosial.

Iyalah kata netizen, jika orang lain boleh tengok, tak ada guna lah melawa untuk suami dalam situasi ini. Betul juga kan?

Whatsapp image 2022 11 29 at 122435 pm
Whatsapp image 2022 11 29 at 122503 pm

Yonnyboii pun dah keluarkan kenyataan guys pasal penampilan isterinya tu. Jadi kita doakan yang baik-baik jelah ya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas