Oh! Artis
“Dia Cinta Hati Saya” – Amber Heard Masih Sayang Johnny Depp Sama Macam Kahwin Dulu
Walaupun macam tak masuk akal, pelakon Hollywood Amber Heard mengakui masih sayang dan cintakan bekas suaminya, Johnny Depp.
Dalam temubual bersama program Today, Heard berkata dia hanya berterus terang mengenai isi hatinya ketika ini.

Hanya orang yang pernah mencintai seseorang seperti saya mencintai Johnny akan memahami mengapa apa yang berlaku ini tidak menjejaskan perasaan saya terhadapnya.
Jelasnya lagi, konflik yang tercetus antara mereka tidak mengubah kenyataan bahawa Depp adalah cinta hatinya.
Saya cintakan dia sepenuh hati. Saya tidak pernah berhenti mencintai dia.
Malah, perasaan cintanya adalah sama seperti ketika mereka berkahwin dulu. Dia tidak pernah menyimpan perasaan benci atau dendam terhadap bekas suaminya itu.
Sebelum ini, dia mengaku sedaya upaya membaiki hubungan mereka yang telah musnah namun gagal.
Pelik betul cara Amber Heard ni luahkan rasa sayang kan? Apa pendapat korang?
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM