Connect with us

Oh! Media

“Depan Saya Sebenarnya..” – Babak Tekup Mulut Buat Ramai Menangis, Beto Dedah Rahsia Di Sebalik Tabir

Oh! Artis

“Depan Saya Sebenarnya..” – Babak Tekup Mulut Buat Ramai Menangis, Beto Dedah Rahsia Di Sebalik Tabir

Tak perlu diperkenalkan lagi, pelakon Beto Kusyairy memang antara pelakon yang mampu menyampaikan lakonannya dengan baik. Pendek kata, bagilah watak apa pun, memang menjadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Seiras ‘Ghost Rider’, Lakonan Luar Jangkaan Beto Kusyairy Raih Tumpuan Ramai

Dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang menjadi fenomena kini, Beto memegang watak sebagai Wahid. Dalam filem itu, ada babak di mana Wahid melihat dengan mata kepalanya sendiri isteri (Rokiah) dibunuh.

Menerusi temubual bersama Media Corp Ria 897, Beto mendedahkan rahsia di sebalik tabir di mana aksinya dan Rokiah iaitu lakonan Zarina Zainoordin tidak berlaku secara serentak.

@iaechaslamber Ternyata lakonan Beto Kusyairy sangat padu dan mantap 😩👍💯 begitu juga dengan Dato Adi Putra ☝️💯 Semoga terus maju dan berjaya dalam bidang lakonan ini 💯🔥🥰 #betokusyairy #adiputra #wahidmatkilau #fyp ♬ original sound – Aisyahhh

Menurut Beto, ketika merakamkan babak ditekup mulut oleh Mat Kilau, sebenarnya tiada apa yang berlaku di depan matanya. Dia hanya menggunakan imaginasi untuk mengalirkan air mata sehingga menyentuh hati penonton.

Perkongsian ini ternyata mengundang rasa kagum netizen. Mereka memuji kehebatan pelakon yang orang ramai tak tahu.

Pergh, rasanya memang ramai yang sebak bila tengok babak Wahid dan Rokiah ini kan? Tapi rupa-rupanya ini yang berlaku di sebalik tabir. Hebat!

Kredit: ria897fm | TikTok @iaechaslamber

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas