Connect with us

Oh! Media

“Denyut Atau Degup, Dua-Dua Sama Je” – Nuha Bahrin Tak Kisah Ditegur Ayat Salah, Rezeki Melimpah Ruah

Oh! Artis

“Denyut Atau Degup, Dua-Dua Sama Je” – Nuha Bahrin Tak Kisah Ditegur Ayat Salah, Rezeki Melimpah Ruah

Sedia maklum, lagu Casablanca ketika ini sedang menjadi pilihan orang ramai untuk mendengarnya, tetapi baru-baru ini seorang wanita telah menegur kesalahan tatabahasa di dalam lagu terbabit iaitu penggunaan perkataan ‘denyut’.

ADVERTISEMENT

Susulan itu, penyanyi wanita di dalam lagu popular itu bersifat terbuka dengan teguran terbabit dan berkata semuanya terpulang kepada pandangan serta penerimaan pendengar.

Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat. Pada saya dua-dua pun betul saja.

Sebelum ini, seorang guru di platform TikTok berkata perkataan ‘degup’ lebih sesuai untuk digunakan berbanding ‘denyut’ jika betul-betul ingin mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu sebenar.

Biarpun ditegur, Nuha beranggapan rezeki tidak salah alamat dan apa yang telah dicapai oleh dia ketika ini memberikan inspirasi untuk membuat lagu-lagu yang lebih bermutu akan datang.

Sekadar info, lagu Casablanca ketika ini telah mencecah lebih 13 juta tontonan di YouTube dan berjaya berada di posisi teratas carta lagu popular laman penstriman muzik seperti Spotify dan juga radio popular Malaysia.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas