Connect with us

Oh! Media

Demi Taat Perintah Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin!

ellie suriaty

Oh! Artis

Demi Taat Perintah Suami, Ellie Suriaty Dah Lengkap Dua Dos Suntikan Vaksin!

Ellie Suriaty yang dahulunya menolak suntikan vaksin atas faktor keselamatan dan kesihatan, kini sudah lengkap dua dos suntikan vaksin demi menaati peritah suaminya.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Pesanan Terakhir Arwah Benjy Ibrahim Buat Ellie Suriaty Minggu Lepas

Menerusi laporan Kosmo, Ellie Suriaty sudah lengkap dua dos suntikan pada bulan November lalu demi menurut arahan Azri Iskandar, suami tercintanya.

Dapat tawaran bekerja sebab dah vaksin

ellie suriaty

Ellie difahamkan telah mengambil suntikan vaksin jenis Sinovac dos pertama pada bulan October dan dos kedua pada bulan November.

Saya ambil Sinovac sebab Khairy Jamaluddin kan ambil Sinovac. Kita ikut Menteri Kesihatan lah.

Dos pertama pada lewat Oktober dan kemudian, dos kedua (November). Saya dapat tawaran bekerja di Sarawak sebab itu juga.

Orang yang dah vaksin ke atau antivaksin, tiada siapa nak dijangkiti Covid-19. Jadi, masing-masing pun dia ada dia punya cara-cara pencegahan. Begitu juga saya semasa belum divaksin. Saya tak pernah kena Covid sebab saya buat langkah pencegahan.

Ellie mengambil vaksin kerana tak mahu ingar arahan suaminya yang sudah beri masa dua tahun padanya untuk meluahkan apa yang perlu diluahkannya mengenai vaksin Covid-19.

Azri cakap pada saya dia dah beri saya dua tahun dan sudah sampai waktunya untuk saya ‘to call it quits’ (berhenti).

Azri suami saya dan selagi dia masih lagi suami dan dia dah bagi saya tempoh buat pertimbangan vaksin. Dia respek saya punya pendirian.

Dah sampai masa saya kena ikut cakap suami. Sejujurnya, memang berperanglah sekejap dalam diri cakap ‘taknak vaksin’ tapi dia suami saya dan saya sangat menghormatinya.

Ellie juga menafikan yang dirinya bukan antivaksin. Katanya, jika dia merupakan antivaksin, dari dulu lagi dia tidak akan mengambil apa-apa vaksin. Tapi menurutnya, dia persoalkan keberkesanan vaksin Covid-19 ini kerana dibuat secara terburu-buru.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas