Connect with us

Oh! Media

Ini Pesanan Terakhir Arwah Benjy Ibrahim Buat Ellie Suriaty Minggu Lepas

Oh! Artis

Ini Pesanan Terakhir Arwah Benjy Ibrahim Buat Ellie Suriaty Minggu Lepas

Rakan artis dan seluruh rakyat Malaysia merasai pemergian Allahyarham Benjy yang dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Benjy Ibrahim Meninggal Dunia

Memetik laporan BH Online, ada mendapatkan perkongsian dari rakan artis Benjy, Ellie Suriaty Omar yang berasa sedih dan terkilan kerana tidak dapat melakukan apa-apa untuk teman baiknya.

Arwah Benjy beritahu saya keadaannya batuk hingga keluar darah. Jadi, saya mengirimkan sedikit bantuan kewangan setiap bulan, cuma saya tidak dapat membantu sejak kebelakangan ini.

Ini kerana saya tidak mempunyai banyak ‘job’ sejak pandemik COVID-19 menular, tahun lalu. – Katanya.

Ellie turut berkongsi yang arwah sempat menghubunginya buat kali terakhir untuk meminta maaf dan minta halalkan segalanya minggu lalu. Ellie tidak menyangka itu adalah petanda teman baiknya itu akan pergi.

Untuk pengetahuan, arwah Benjy kerap menghubungi Ellie bagi meminta bantuan untuk membiayai kos perubatannya di sana.

Arwah seperti adik saya. Bagaimana saya menyayangi arwah ibunya, begitu juga sayang saya pada arwah. Arwah ibunya banyak membantu membentuk saya dalam menghidupkan karakter lakonan.

Besar harapan saya melihat arwah memulakan kehidupan baharu apabila dibebaskan. Saya juga mahu arwah membuat kemunculan semula dalam industri lakonan, namun, hasrat saya tidak kesampaian. – Kongsi Ellie lagi.

Alhamdulillah, arwah banyak berubah dan menghabiskan masa mendekatkan diri dengan Allah SWT. Arwah beritahu sudah khatam al-Quran, bersolat, berpuasa dan sebagainya.

Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan menjadi pengajaran kepada kita semua agar dapat menghabiskan sisa hidup dengan kebaikan. Al-Fatihah.

Kredit: BH Online

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas