Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Janji Takkan Cari Yang Lain Dah?

Datuk red adira suhaimi ohmedia

Oh! Artis

Datuk Red Janji Takkan Cari Yang Lain Dah?

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red menyentuh hati ramai apabila mengenang kembali detik perceraian dengan penyanyi Adira Suhaimi, yang berlaku setahun lalu.

Menerusi satu video throwback di TikTok, Datuk Red berkongsi gambar dirinya di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, ketika menguruskan urusan perpisahan.

“Genap setahun peristiwa hitam saya (25 April). Ini pengajaran dan hukuman ke atas saya yang alpa,” tulisnya dengan penuh emosi.

IKLAN

Terima kasih buat Adira Suhaimi

Ohmedia adira Enggan Ulas

Dalam hantarannya itu juga, Datuk Red mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya atas segala pengorbanan sebagai seorang isteri dan ibu.

Terima kasih Adira Suhaimi selama ini menjadi isteri saya. Semoga Ami berbahagia dan sihat untuk menjaga anak-anak saya. Saya akan kembali nanti.

Walaupun sudah berpisah, dia tetap menghormati Adira dan menzahirkan rasa syukur atas segala yang pernah dikongsikan bersama.

Hashtag penuh emosi dan Datuk Red janji tak cari lain?

Datukred

Apa yang paling mencuri perhatian netizen adalah hashtag penuh ‘jiwa’ yang digunakan oleh Datuk Red. Antara yang menarik perhatian:

#SumpahAkuTakCariLain, #AkuSuciDanSetia, #WanitaLainJanganTryAku, #AkuAkanKembaliMenjadiSuamiYangBertanggungjawab

Netizen rata-rata terkejut dan terhibur dengan luahan jujur tersebut, malah ada yang mendoakan agar Datuk Red benar-benar berubah dan kembali bahagia.

Jangan tunggu kehilangan untuk menghargai. Jika benar cinta dan ikhlas, berubah dan buktikan dengan tindakan, bukan sekadar luahan di media sosial.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas