Connect with us

Oh! Media

‘Buka Mata & Hati Ya Kawan-Kawan’ – Didakwa Langgar SOP, Peserta All Together Now Malaysia Buka Mulut

Cover Photo Om 1200 X 675 5

Trending

‘Buka Mata & Hati Ya Kawan-Kawan’ – Didakwa Langgar SOP, Peserta All Together Now Malaysia Buka Mulut

Baru sahaja ditayangkan, netizen mempersoalkan mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) program All Together Now Malaysia apabila barisan selebriti yang bertindak sebagai juri dilihat tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

BACA: ‘Jarak 1.5 Meter Antara Juri’ -Didakwa Langgar SOP, All Together Now Malaysia Dihentikan Seketika

Tidak hanya mendiamkan diri, peserta program Mohd Ezwan Hafizi atau lebih dikenali sebagai Black membuka mulut menjelaskan keadaan sebenar.

IKLAN
Black

Jelasnya, program ini dirakam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada bulan Februari. Peserta dan juri program juga perlu menjalani ujian calit Covid-19 sebanyak dua kali.

Black2

Tambah Black lagi, mengenai pemakaian pelitup muka, orang ramai diminta membuka minda sewaktu mengajukan soalan. Peserta ini memberi contoh situasi sedang makan atau bersukan tanpa perlu memakai pelitup muka dalam tempoh PKPP.

Black3

Peserta ini turut meluahkan rasa kesal apabila dilabel ‘dah macam yahudi’ dan ‘tak ingat mati’ apabila menyertai program berbentuk hiburan. Dia menggesa orang ramai menyelidik dahulu sebelum melemparkan sebarang tuduhan. Sebagai seorang peserta program, dia menegaskan semua pihak yang terlibat dikawal rapi oleh produksi. Malah, dia berkata, ada polis yang datang memantau keadaan setiap setengah jam.

Kredit: Ezwan Hafizi Mazlan

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas