Connect with us

Oh! Media

“Acah-Acah Bagus” – Biadap Jawab Komen Juri, Peserta ATNM Kena ‘Sound’ Depan-Depan

Cover Photo Om 1200 X 675 50

Oh! Artis

“Acah-Acah Bagus” – Biadap Jawab Komen Juri, Peserta ATNM Kena ‘Sound’ Depan-Depan

Peserta rancangan All Together Now Malaysia Musim 2 mengundang kontroversi apabila dikatakan biadap dan tak menghormati para juri.

Peserta perempuan berusia 16 tahun itu dipercayai menjawab dengan kata-kata sinis ketika juri bertanyakan soalan.

Catriona Ross tegur jaga adab

@catrionarossofficial pun impian kita, siapa pun kita atau who we wish to become, kita jangan pernah lupa 4 perkara yang akan i sebut kan buat ingatan kita bersama. These are some notes ive used & hadamkan sejak mulakan karier sesudah tamat universiti. . No 1- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character. 2- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati. 3 – Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life. 4 – Merendah diri. Sangat penting. Terlalu. . #AllTogetherNowMalaysiaS2 ♬ original sound – CatrionaRossOfficial

Salah seorang juri, Catriona Ross menerusi satu hantaran di TikTok memberi nasihat kepada anak muda supaya sentiasa ingat empat perkara ini di dalam hidup.

IKLAN

Katanya, empat perkara penting itu adalah sikap, hormat, disiplin dan merendah diri. Cara bertutur kita akan menunjukkan sikap diri kita yang sebenar.

“Kalau anak murid saya dah menangis”

Syafinaz

Selain Catriona Ross, guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dilihat geram berkata jika anak muridnya menjawab biadap seperti itu, ‘budak’ itu pasti akan menangis.

Hati-hati bila menjawab, bila orang bertanya soalan. Kita kena cantik sikit lah bahasa kita ya adik.

Komposer terkenal, Ajai juga bersuara meminta peserta itu menghormati majlis. Jelasnya, bila peserta hormat majlis, persembahan tak sedap pun boleh jadi sedap.

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan nasihat Catriona Ross dan mengkritik tindakan budak 16 tahun itu yang langsung tak ada adab bila menjawab.

Whatsapp image 2022 12 19 at 112255 am

Hmm, rasanya ada sesetengah orang kena asah lagi skil berkomunikasi. Belajar untuk merendah diri dan tukar intonasi bercakap supaya disenangi ramai.

Kredit: TikTok @catrionarossofficial

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas