Connect with us

Oh! Media

Dakwa Drama Tempatan ‘Syok Sendiri’, Giliran Datuk Yusof Haslam Bidas Kenyataan Zed Zaidi

Datuk Yusof Bidas Zed Zaidi

Oh! Artis

Dakwa Drama Tempatan ‘Syok Sendiri’, Giliran Datuk Yusof Haslam Bidas Kenyataan Zed Zaidi

Tidak kering lagi kontroversi melibatkan Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi melalui kenyataannya sebelum ini mengatakan kegagalan drama tempatan disebabkan terlalu ‘syok sendiri’, dibidas oleh pengarah dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam.

Menurut laporan mStar, beliau menafikan kenyataan yang dibuat oleh Zed Zaidi selain turut menyatakan drama tempatan yang diterbitkan sudah dibuat penilaian mengenai sasaran penonton terlebih dahulu semua ia disiarkan di mana-mana stesen penyiaran.

Saya menafikan kenyataan yang dibuat oleh Zed Zaidi itu, kita tak boleh lah kata drama tempatan syok sendiri. Kalau kenyataan dibuat itu benar, takkan drama-drama macam Nur dapat sambutan dari penonton.

Kita sebagai penerbit, kita buat drama sebab kita ada penonton kita sendiri. Tak bagus nak hina karya anak bangsa sendiri.

Dalam masa yang sama, Datuk Yusof Haslam menasihati Zed Zaidi supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana khuatir terdapat segelintir pihak yang tersinggung.

IKLAN

Saya hormati dia sebagai presiden Seniman, tetapi berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan.

Tambahnya lagi, untuk mengkritik memang mudah, tetapi untuk membuat sebuah drama itu bukanlah perkara yang senang.

Terdahulu, pengarah drama Nur, Shahrulezad Mohameddin turut membidas kenyataan Zed Zaidi selain mengatakan drama yang dihasilkan bukanlah semata-mata untuk kepuasan sendiri (Syok Sendiri), tetapi demi permintaan peminat drama melayu.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas